Dynas Mokhtar selamat lahirkan anak ketiga




Dynas memuat naik sekeping gambar (kiri) yang memaparkan tangannya bersama suami serta bayi mereka.

Pelakon Dynas Mokhtar semalam berkongsi berita gembira selamat melahirkan anak ketiganya pada pagi Jumaat lepas.

Bayi lelaki itu merupakan hasil perkahwinan keduanya bersamanya Muhammad Syazrik Che Mohd. Din.

“Ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, masya-Allah seorang bayi lelaki untuk kami. Kami sihat,” tulisnya menerusi satu perkongsian menerusi Instagram.

Menerusi perkongsian gembira itu, Dynas memuat naik sekeping gambar memaparkan tangannya bersama suami serta bayi mereka.

Dynas dan Syazrik mendirikan rumah tangga pada 21 April tahun lalu.

Sebelum ini menerusi perkahwinan pertamanya, pelakon berusia 36 tahun itu menimang dua cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.


Previous Post Next Post