PU Rizz nafi beraksi lucah dalam foto viral




Pendakwah selebriti muda PU Rizz mendakwa kontroversi beberapa keping gambar lucah miripnya yang tular di laman sosial sejak pagi tadi timbul kerana unsur khianat.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Haris Ismail itu, sebelum gambar itu tular, dia ada menerima mesej ugutan daripada individu tidak dikenalinya yang meminta sejumlah wang.

"Malam tadi ada orang mesej saya minta duit, dia siap buat ugutan. Tetapi saya abaikan sahaja mesej dia. Sehinggalah pagi ini tiba-tiba muncul pula foto lucah dikatakan mirip saya.

"Saya terkejut kerana itu bukan diri saya. Sebab itu saya sudah membuat laporan polis kerana saya tidak menolak mesej ugutan itu ada kaitan dengan penyebaran gambar tersebut," katanya.

Bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) musim keempat itu membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, Selangor sebentar tadi.

Previous Post Next Post