Alyah menitis air mata nyanyikan lagu Meluruh




Penyanyi, Datin Alyah tidak dapat menahan sebak sewaktu menyampaikan lagu terbaharunya, Meluruh pada majlis pelancaran muzik video lagu tersebut di TGV One Utama, Damansara, di sini sebentar tadi.

Menurut Alyah, hatinya tersentuh dengan lirik lagu Meluruh ciptaannya bersama Helen Yap dan Slen Fadzil yang dianggap sangat dekat di hatinya.

“Bukan terkenangkan kisah peribadi, tetapi saya teringat susah payah dalam industri.



“Saya takut dengan dunia hiburan sekarang yang tiada batasan, kritikan yang melampau. Perkara itu yang membuat saya sedih,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dia juga berasa rimas apabila lagu-lagunya sering dikaitkan dengan kisah peribadi biarpun perkara tersebut tidak benar.

“Orang sering menuduh lagu saya sedih kerana kisah hidup saya juga begitu. Bila saya menyanyikan lagu rancak, ada yang berkata saya terlalu gembira pula.

“Cukup-cukuplah dengan komen begitu kerana ia satu penderaan mental pada saya,” jelasnya lagi.

Muzik video Meluruh boleh mula ditonton di saluran YouTube bermula pukul 8 malam ini arahan Ghaz Abu Bakar.


Previous Post Next Post