Hasrat untuk mendirikan rumah tangga musnah apabila pasangan Syafie Naswip dan Aishah Azman mengesahkan ikatan pertunangan yang dibina tiga bulan lalu terlerai beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, sejak semalam tular mengenai pasangan tersebut dimana cekik dan tumbuk dikatakan antara punca putus tunang sehingga membawa kepada penahanan aktor itu untuk siasatan polis Sabtu lalu.
Memetik laporan, pada 26 Jun, Aishah dalam laporannya mendakwa Syafie datang ke kediamannya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan kira-kira jam 9 pagi dan berlaku pertengkaran dalam kereta antara mereka.
Syafie didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Aishah sebelum bertindak mencekik leher dan menumbuk mukanya.
Perkara itu dikatakan berpunca apabila Aishah menasihati Syafie supaya meninggalkan satu sifat buruk dirinya. Difahamkan, disebabkan insiden tersebut itu juga , ikatan pertunangan mereka akhirnya putus pada 21 Julai lalu.
Pelakon Aishah yang juga adik kepada pelakon Afiq Muiz itu dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian tersebut telah lama berlaku.
Dalam pada itu, Aishah mendakwa dia lambat membuat laporan kerana ingin selesaikan kes mereka itu secara baik namun suspek didakwa bertindak berlebihan.
Pihak polis mengesahkan Syafie ditahan pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan namun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.