Gambit memuat naik sekeping gambar menerusi Instagramnya menunjukkan dia sedang makan seekor katak.
Pelakon, Gambit Saifullah dihentam netizen gara-gara memuat naik sekeping gambar menerusi Instagramnya menunjukkan dia sedang makan seekor katak.
Kata pelakon filem Paskal itu mendakwa, tindakan tersebut merupakan pengalaman pertamanya makan katak dan rasanya tidak ubah seperti ikan.
"Always a first time #Frog (Kali pertama makan #Katak. Taste like fish, only like chicken.
(Rasa seperti ikan, ada juga seperti ayam)," tulisnya.
Tindakannya pantas menarik perhatian peminat dan mendakwa, perbuatan tersebut adalah satu dosa kerana memakan haiwan yang hidup di dalam dua alam seperti katak.
Selepas menerima kecaman, Gambit kemudiannya memuat naik sekeping lagi gambar dia memegang seekor katak dan beberapa ekor ikan dengan kapsyen mempertahankan tindakannya.
"Sekarang berada di dalam hutan. Latihan untuk kem kelangsungan hidup. Hentikan menghukum orang dan jadilah seorang Muslim yang lebih baik," tulisnya.
Bagaimanapun gambar tersebut mengundang perbalahan netizen yang antaranya ada bersetuju dengan mendakwa kehidupan di dalam hutan sememangnya begitu.
Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang tetap berpendirian tegas mempertikaikan tindakan Gambit makan katak sedangkan masih ada sumber makanan lain seperti ikan.