Telemovie bertajuk Demi Tuhan Aku Bersaksi mendapat kritikan di media sosial apabila didakwa memaparkan kisah songsang pelajar tahfiz.
Jabatan Penyiaran Malaysia melalui RTM masih membuat pertimbangan penyiaran telemovie kontroversi yang didakwa berkisar mengenai kegiatan songsang pelajar tahfiz.
Dalam satu kenyataan hari ini, RTM menjelaskan, masih belum menetapkan jadual penyiaran telemovie itu yang dikritik hebat laman sosial hari ini.
"RTM sentiasa menghargai dan menerima maklum balas orang ramai yang memberikan pandangan," jelas kenyatan itu.
Telemovie bertajuk Demi Tuhan Aku Bersaksi mendapat kritikan di media sosial apabila didakwa memaparkan kisah songsang pelajar tahfiz.
Namun penerbit telemovie itu, Fadzil Zahari dipetik menjelaskan bahawa kisah telemovie berkenaan mengenai taubat seorang mak nyah yang mencari Tuhan bukannya seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.