Terpalit isu foto bogel, Faizal Tahir serah pada netizen untuk menilai




Faizal ketika ditemui pada Majlis Pelancaran album Rojak, di Menara TSR, Mutiara Damansara, di sini hari ini.

Penyanyi Faizal Tahir mendakwa menjadi mangsa sabotaj berikutan foto lucah yang dikatakan mirip dirinya tular di laman sosial baru-baru ini.

Faizal atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 41, berkata, enggan menafi atau mengesahkan individu dalam foto bogel tersebut adalah dirinya dan membiarkan netizen untuk terus membuat spekulasi.

"Kalau ini percubaan orang untuk kacau rumah tangga saya, saya doakan baik-baik untuk dia. Rumah tangga saya bahagia.

"Saya rasa, saya tidak perlu untuk menjawab apa-apa kerana tiada siapa yang boleh mengadili diri saya. Hanya isteri dan Allah sahaja yang tahu," katanya hari ini.


Tambahnya yang kini popular dengan lagu Ratu, menegaskan bahawa lebih banyak perkara baik yang boleh dikongsikan di laman sosial berbanding gambar sedemikian.

"Kalau anda merasakan gambar itu adalah saya, nikmatilah," katanya.

Terdahulu Faizal melancarkan album kelimanya iaitu Rojak di pejabat Warner Music, Menara TSR di sini.

Album tersebut yang mengandungi sembilan lagu merupakan album fizikal terakhir Faizal.

"Saya hanya mengurangkan aktiviti nyanyian tetapi masih aktif dalam penghasilan lagu untuk artis lain. Saya akan berehat dalam tempoh yang panjang," katanya.


Previous Post Next Post