
Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sedang giat menyiapkan lagu barunya berjudul ‘Cuba Bahagia’.
20 Okt — Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman membidas kecaman warga maya yang mendakwanya sibuk merakam lagu hingga mengabaikan isteri sarat mengandung.
Merasakannya tidak salah, jutawan kosmetik D’Herbs berkata beliau hanya mahu “menunjukkan bakat”.
“Abang hanya ingin menunjukkan bakat yang terpendam dan ingin menghargai bakat yang Allah bagi serta menghiburkan rakyat Malaysia yang dahaga orang yang berseni suara macam abang,” tulisnya di Instagram hari ini.
Seorang warga maya Z Roses sebelum itu, mengecam Aliff kerana sibuk dengan latihan tarian sedangkan isterinya Datin Seri Shahida Abdul Rashid sarat mengandung.
Malah pengguna sama turut mempertikai tarian dalam klip yang dimuat penyanyi “Abang Nak Tegur” yang disifatkan k,urang maskulin.
Menurut hantaran itu, Aliff kini sedang giat menyiapkan lagu barunya berjudul “Cuba Bahagia”.
Klip tersebut sudah ditonton lebih 70,000 kali.