Luqman Faiz cari tarikh lain lancar Loco Loco




Berikutan ketidakstabilan pentadbiran negara, penyanyi Luqman Faiz menangguhkan pelancaran single ketiga berjudul Loco Loco pada waktu lebih sesuai.

Biarpun kecewa kerana mengikut perancangan, single berkenaan dilancarkan pada hari jadinya yang ke-20, Selasa lalu, namun, Luqman reda.

“Nampaknya, saya kena ‘peram’ dahulu lagu itu seketika. Saya belum pasti bila lagu itu akan dilancar dan dipromosikan.

“Saya pasti syarikat rakaman tahu apa yang terbaik. Namun, saya harap, single ini tidak disimpan lama. Saya akur ada perkara tertentu seperti situasi membabitkan pentadbiran negara yang di luar kawalan kita,” katanya kepada BH Online.

Luqman yang pernah tampil dengan single Kepuraanmu dan Takhta Cinta, tidak sabar menanti single baharu ciptaan Dedeq dilancarkan.


Lagu Loco Loco bermaksud ‘gila-gila’ yang berentak reggaeton, dirakam akhir tahun lalu.

“Lagu ini lari daripada forte saya yang selama ini terarah kepada pop balada. Sesekali, saya mahu cuba angin baharu selain mengikut kehendak pasaran muzik semasa,” katanya.

Mengulas tindakan berkongsi foto bersama ibu ketika kecil di Instagram, Luqman berkata, entri itu ditujukan khas kepada ibunda tercinta.

“Saya sayang anda semua. Tapi penghargaan utama saya tujukan kepada ibu yang mengandungkan saya selama sembilan bulan.

“Ibu terus menjaga saya dengan baik hingga sekarang. Insya-Allah saya akan terus membanggakan ibu... Saya sayang ibu,” katanya pada entri berkenaan.

Previous Post Next Post