Ketahui vitamin yang sesuai untuk meningkatkan ketahanan imunisasi badan




Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin sehingga kita perlu mendapatkannya dari sumber makanan yang kita makan.
Manfaat vitamin untuk tubuh kita antara lain membina imuniti atau kekebalan tubuh, yang diperlukan untuk melawan infeksi virus dan bakteria menular.

Salah satu vitamin itu ialah vitamin C, yang boleh didapati dari sumber-sumber alam seperti jeruk, asam jawa, strawberi, bayam, kale, dan brokoli.

Namun vitamin C bukan satu-satunya yang diperlukan tubuh kita untuk menjaga ketahanan daya tubuh, sebaliknya ia juga memerlukan khasiat vitamin lain.

Vitamin A

Dikenal juga dengan nama retinol, vitamin A berfungsi dalam menjaga kesihatan tubuh, terutama organ mata dan mempertahankan sistem kekebalan tubuh.

Makanlah pelbagai makanan yang merupakan sumber vitamin A, seperti wortel, bayam, hati, ikan, ayam, telur, dan produk olahan susu.

Vitamin D

Kekurangan Vitamin D dikaitkan dengan meningkatnya autoimun dan lebih terdedah terkena jangkitan.

Berbeza dengan vitamin lain, vitamin D diproduksi oleh tubuh secara semulajadi ketika kulit terkena sinaran cahaya matahari.

Selain itu vitamin D juga terdapat pada makanan, contohnya ikan berlemak baik seperti salmon, tuna, dan makarel; serta pada telur, keju, dan cendawan.


Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan super yang membantu tubuh melawan jangkitan.

Vitamin E juga salah satu antioksidan yang membantu melindungi sel-sel dari kerosakan akibat radikal bebas.

Makanan yang kaya vitamin E antara lain kacang-kacangan, bayam, dan biji-bijian.

Vitamin B6

Menurut dietitian Julia Zumpano, RD, LD dari Cleveland clinic, vitamin B6 ini penting untuk menyokong reaksi biokimia pada sistem kekebalan tubuh anda.

Makanan yang kaya dengan vitamin B6 ini antaranya ialah ayam, salmon dan tuna.

Vitamin B6 sayuran terdapat pada sayuran hijau dan kacang chickpeas atau kacang arab.

Previous Post Next Post