Alilff Syukri mahu jadi orang baru




Rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kembali bersinar selepas mengumumkan kembali ke pangkuan keluarganya.

Menjauhkan diri daripada keluarga selama empat bulan, Aliff yang memuat naik gambar bersama anak bongsunya Aqiqah Raudhah Arshiyah yang berusia hampir lima bulan berkata beliau mengambil keputusan membuang ego diri lalu menemui keluarganya semula.

“Lama saya menyepi bukan merajuk cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang dan apa yang saya perlukan dalam hidup.

“Empat bulan berjauhan dari anak di sisi kosong sebenarnya hidup saya,” tulis Aliff di Instagram.


Mengucap syukur, Aliff mengaku bukan senang untuk menempuh hidup tanpa keluarga selama ini malah perkara yang berlaku menurutnya bukan gimik bagi meraih publisiti.

“Saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumah tangga.

Setelah kembali ke pangkuan keluarga, Aliff juga menyatakan keazaman untuk menjadi lebih baik.

“Saya ingin menjadi seorang Aliff Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri saya, emak saya, keluarga saya, sedar keluarga adalah segalanya dan Ramadan ini memberi erti yang besar pada saya,” tulis Aliff, meminta semua pihak mendoakan kebahagiaan keluarganya agar berkekalan.

Status Instagram penyanyi lagu ‘Cuba Bahagia’ itu mendapat 80,928 tanda suka, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan gembira melihat perubahan Aliff.

“Yeyyy..saya doakan Datuk bahagia bersama keluarga. Tak sabar nak tengok Datuk kumpul-kumpul dengan mereka,” tulis Cikgu Roha.

“Alhamdulillah. Itulah yang sebaik-baiknya Datuk. Saya doakan Datuk bahagia,” tulis Mohd Faris4959 pula.

Previous Post Next Post