Fara Hezel kongsi gambar anak

Selepas seminggu, penyanyi Fara Hezel memuat naik foto bayi lelaki yang dilahirkannya pada 18 Oktober lalu di Instagram.

Dalam hantaran itu, penyanyi lagu Setiaku Pasti itu turut memperkenalkan nama anaknya iaitu Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin.

Ia adalah anak hasil perkahwinannya dengan Tengku Mohammad Kamal pada 20 Disember tahun lalu. 

"Terima kasih kepada semua yg mendoakan putera sulung kami, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin," tulis penyanyi yang kini menetap d Kuala Terengganu itu. 

Foto itu memaparkan wajah bayi itu yang sedang tidur dan diselimut dengan selimut berwarna biru dan putih yang tertera namanya, Tengku Muhammad serta huruf TM di bantal.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Fara selamat melahirkan bayi lelakinya itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu jam 6.05 pagi.

Previous Post Next Post