Adira Putus Cinta Dengan Shahrul Nasrun?



Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 24, atau Adira dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 28. Biarpun masing-masing tidak pernah berterus-terang dengan status perhubungan mereka, namun foto-foto yang dimuat naik di akaun laman sosial masing-masing memperlihatkan keintiman mereka.

Malah, pada Disember lalu, Adira ada memberitahu pihak media bahawa dia dan Shahrul ada membincangkan perihal kahwin, tetapi Adira memerlukan sedikit masa lagi bagi memberi fokus pada kerjayanya.

Kini timbul pula desas-desus terbaru tentang pasangan ini. Menurut perkhabaran yang diterima GUA, Shahrul dan Adira kini tidak lagi mempunyai sebarang hubungan. Perkara ini dikuatkan lagi dengan ketiadaan gambar Shahrul dalam akaun Instagram Adira. Menurut sumber, Adira telah memadamkan gambar-gambar Shahrul yang ada di dalam akaun Instagramnya setelah mereka berpisah.



Jika perkara ini benar, apakah punca perpisahan mereka? Jika anda masih ingat, baru-baru ini timbul gosip menyatakan kekasih kepada seorang penyanyi wanita yang merupakan orang kuat Badan Bukan Kerajaan (NGO) cuba untuk mendekati aktres kontroversi, Lana Nordin setelah pelakon itu berpisah dengan Johan As'ari. Ramai pihak beranggapan individu yang dimaksudkan adalah Shahrul.

Sejauh mana kebenaran cerita ini hanya empunya badan yang boleh mengesahkannya. ARTISMELETOP akan cuba mendapatkan komen Adira berhubung perkara ini.


Previous Post Next Post