Aiman, Fathia cabar diri jayakan Bidasari



Pasangan pelakon Nurfathia dan Aiman Hakim mencabar diri berlakon teater bila sedia menggalas tugas sebagai pelakon utama teater Bidasari di Istana Budaya. Pementasan akan bermula 10 hingga 17 Februari ini.

“Saya memang teringin sangat untuk berlakon teater tapi saya tidak sangka akan dapat watak utama. Memang sangat teruja," kata Fathia semasa ditemui pada sidang media kedua teater tersebut di Istana Budaya hari ini.

Dalam teater ini Fathia berlakon sebagai puteri jelita bernama Bidasari dan berpasangan dengan Aiman sebagi Tengku Indra, anak kepada Sultan yang memerintah negeri.

“Cabaran paling besar dan berat bagi saya ialah keperluan watak yang bijak bersilat sedangkan saya memang tak pandai bersilat. Tapi saya mencabar diri dan giat berlatih silat untuk menghidupkan watak saya," kata Aiman.
Sinopsis Bidasari




Raja Azura, Dato’ Jalaluddin Hassan, Radhi Khalid dan Hairul Azreen turut berlakon dalam Bidasari. Bidasari arahan Lokman Ghani diangkat daripada filem Bidasari lakonan Tan Sri Jins Samsuddin dan Datuk Sarimah Ahmad.

Bidasari merupakan seorang anak angkat kepada Saudagar Amir Abdullah yang sangat cantik. Saudagar Amir Abdullah telah berjumpa dengan Bidasari semasa beliau masih kecil di dalam sebuah sampan. Bidasari sebenarnya berkembar dengan seekor ikan dan jika ikan tersebut tidak berjumpa air, maka Bidasari tidak akan bernyawa lagi.

Sementara di Negeri Zamin Ambar, tempat tinggal saudagar, Sultannya beristeri baru bernama Permaisuri Laila Sari. Sultan mempunyai seorang anak yang sudah dewasa bernama Tengku Indra. Sifat cemburu Permaisuri Laila menyebabkan dia begitu benci kepada Bidasari dan mencuba untuk menyeksa Bidasari. Tengku Indra tertarik dengan Bidasari.

GAMBAR:
Previous Post Next Post