Sharnaaz Ahmad tayang tatu di instagram



Terkejut Beruk bila ternampak gambar-gambar bertatu penuh di badan dan lengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dalam laman sosial Instagram.

Yelah pelik juga, kenapa tiba-tiba Sharnaaz yang beragama Islam itu boleh membuat tatu sebegitu kan? Namun siasat punya siasat ianya hanya tatu sementara bukan kekal dan Sharnaaz lakukan hanya untuk membintangi drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Dalam drama tersebut Sharnaaz yang nama wataknya Jebat seorang ketua gangster dan patutlah dia perlu bertatu penuh berbentuk Naga sebagai tanda ahli kumpulan gangster itu dalam drama tersebut.




Tapi Murai lihat dalam komen foto yang yang dimuat naik di Instragram itu ada juga yang tidak berkenan dan Sharnaaz kemudian turut membalas yang dia lakukan sebegitu demi kerjanya.

Yelah, pada Murai pun tak salah pun jika dia lukis tatu sementara itu jika mahu menyesuaikannya dengan watak, asalkan ianya tidak melampaui batas.

Apa-apa pun, Murai dengar ramai juga rakan-rakan Murai Batu yang suka sangat tengok Sharnaaz dan Nelydia Senrose dalam drama tersebut. Katanya pasangan ini sangat serasi dan romantik digandingkan bersama.

Gambar tatu yang di ambil dari instagram @sharnaazahmad
Previous Post Next Post