Cara Awal Ashaari Didik 'Hater' Di Instagram



Menyedari terdapat sesetengah pengikut dalam akaun Instagramnya yang telah melampaui batas, pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari telah memberikan 'publisiti percuma' kepada seorang wanita yang melontarkan komen negatif kepada isterinya, Scha Alyahya dan anak yang bakal dilahirkan.

Komen negatif yang dilemparkan sedikit sebanyak telah menaikkan kemarahan Awal sehingga membuatkannya mengambil tindakan memuat naik wajah pemilik akaun yang dikenali sebagai 'Sawawa' itu di akaun Instagramnya.

Tindakan awal ini mendapat reaksi positif daripada penmgikutnya yang lain sambil turut merasakan komen tersebut sebagai melampau. Malah, ada yang memberi cadangan agar tindakan saman diambil terhadap pemilik akaun itu.

Tahniah diucapkan kepada Awal yang mengambil tindakan berani ini demi melindungi keluarganya daripada ancaman yang boleh memudaratkan fizikal mahupun emosi. Ada ketikanya, 'haters' seperti ini perlu diajar bagi memberi kesedaran sekali gus tidak berulang di masa hadapan.


Previous Post Next Post