Nantikan Kemunculan Hanis Zalikha, Diana Danielle dan Zizan Razak Di MeleTOP Malam Ini!



Tidak terlambat lagi untuk mengucap selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57 buat semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita kekal hidup aman dan damai serta bersatu padu tanpa mengira bangsa atau agama.

Episod 96 program MeleTOP malam ini bakal menyaksikan kemunculan barisan selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi pelbagai perkembangan terbaru mereka menerusi karier lakonan mahupun bidang nyanyian.

Dua jelitawan iaitu Hanis Zalikha dan Diana Danielle serta pelakon kacak Fizo Omar bakal muncul menerusi temubual mereka yang kini dilantik menjadi duta kepada jenama makanan Oat Krunch. Apa yang menarik tentang Oat Krunch yang terbaru?

Selain itu, pelawak dan pengacara terkenal tanah air iaitu Zizan Razak bakal muncul untuk mempromosikan program realiti nyanyi musim terbaru AF 2014 yang akan bermula tidak lama lagi. Apa yang bakal dikongsi Zizan buat penonton mengenai AF musim terbaru kali ini?
Lebih menarik, kehadiran dua penyanyi Black dan RJ yang kini sedang popular menerusi lagu Si Putih Si Merah di corong-corong radio. Mereka bakal melakukan persembahan secara langsung di studio MeleTOP khas buat para penonton!

Pasti anda tidak sabar untuk bersama barisan lima selebriti jemputan MeleTOP malam ini dengan pelbagai kisah menarik dan panas!
Jangan lupa untuk menonton program MeleTOP episod 96 yang dihoskan oleh Nabil dan Neelofa malam ini bermula jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Layari www.meletop.com.my untuk info trendy terkini seperti Gosip MeleTOP, Carta Filem dan Lagu MeleTOP serta banyak lagi!




Previous Post Next Post