Anak tunggal kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali, 32, telah mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hatinya yang merupakan seorang doktor gigi iaitu Sharifah Nur Athirah Syed Azmi ,28.
Perkara ini disahkan sendiri oleh ayahnya, Ali Bakar, 60.
Menurut Ali Bakar, dia berasa bersyukur kerana anaknya itu telah bertemu dengan pilihan hati dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Sebagai ayah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu (majlis merisik dan pertunangan)… Saya bersyukur kerana Aliff sudah bertemu dengan wanita pilihannya.
“Maaf, saya tidak dapat bercakap panjang kerana ia adalah atas permintaan Aliff sendiri… Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.” Katanya seperti yang dilapor Harian Metro.
Majlis pertunangan itu berlansung secara sederhana pada 23 Ogos lalu di Shah Alam.
Ibu tiri Aliff, Zalinda Haron telah menyarungkan cincin ke jari Nur Athirah.
Terdahulu, pasangan ini mula berkenalan kira-kira dua tahun yang lalu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing dalam sebuah majlis.
Tahniah diucapkan kepada Aliff Omar.