Anak kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar bakal melangsungkan perkahwinannya bersama Sharifah Nur Athirah Syed Azmi pada Oktober depan.
Sumber memberitahu majlis perkahwinan mereka akan diadakan ada minggu pertama bulan Oktober.
Selain itu, sumber yang rapat dengan keluarga allahyarham Sharifah Aini juga menyifatkan Nur Athirah adalah seorang gadis yang bersopan-santun dan berbudi bahasa.
Ibu tiri Aliff, Zalinda Haron (kanan) bersama Nur Athirah.
Dalam pada itu, Aliff kini sudah pulang ke Madinah untuk menyambung pelajarannya sebelum pulang pada September ini untuk membuat persiapan perkahwinannya.
Terdahulu, Aliff Omar Ali, 32, telah mengikat tali pertunangan bersama Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28, yang juga merupakan seorang doktor gigi pada 23 Ogos lalu di Shah Alam.
Pasangan ini mula berkenalan kira-kira dua tahun yang lalu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing dalam sebuah majlis.