KKM mahu lebih banyak bahan industri digital



KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mahukan lebih banyak bahan berkaitan industri digital dihasilkan oleh pemain-pemain dalam industri berkenaan yang dilihat semakin berkembang di negara ini.

Timbalan menterinya Datuk Jailani Johari berkata kementeriannya mengalu-alukan pendatang baru dalam industri itu bagi memajukan lagi bidang itu yang membabitkan industri seperti animasi, perfileman, peralatan komunikasi dan sebagainya.






"Sehubungan dengan itu menerusi peruntukan berjumlah RM100 juta yang disediakan kerajaan dalam belanjawan 2015, sasaran kerajaan antara lain untuk melihat lebih ramai lagi penyertaan pemain dalam Liga Kreatif bagi mengembangkan lagi industri itu," katanya selepas melawat Sekolah Pondok Darul Iman Yayasan Islam Terengganu di sini hari ini.

Jailani berkata kementeriannya akan mengkaji dari semasa ke semasa sebarang keperluan dan pandangan daripada pemain-pemain sektor industri itu untuk memastikan ia berkembang secara sihat.

Katanya mungkin ada pihak melihat dana industri kandungan kreatif berjumlah RM100 juta itu tidaklah besar, tetapi apa yang penting kerajaan mahu melihat sejauh mana hasil yang boleh dimanfaat oleh pihak terbabit.


Previous Post Next Post