Gary Mahu Semua Running Man Ke Malaysia


Wabak Running Man datang lagi ke Malaysia! Manakan tidaknya, jika sebelum ini Lee Kwang Soo telah menjejakkan kaki ke sini, kini giliran Gary daripada kumpulan hip-hop Leesang, bersama teman sekumpulannya, Gill pula mengunjungi peminatnya.

Nyata, kehadiran mereka memang dinantikan peminat! Buktinya, keterujaan peminat bertambah sebaik sahaja gambar dengan caption ‘Hello Malaysia’ ini dimuatnaik menerusi akaun Instagram Gary.

Sebelum menamatkan persembahan mereka, Gary dan Gill yang mengadakan persembahan ulung mereka di Kenanga Wholesale City (KWC) semalam sempat menyuarakan hasratnya untuk membawa semua pemain dalam rancangan Running Man ke Malaysia.






Jika perkara ini menjadi realiti, sudah pasti ramai yang menghitung hari menanti kemunculan para pemain program yang menjadi fenomena itu. Peminat juga sempat berkongsi di akaun Twitter tentang sesi Q&A yang berlangsung semalam. Nampaknya, aktres jelita Song Ji Hyo mempunyai ciri-ciri wanita idaman mereka berdua.

Buat mereka yang tidak sempat untuk menonton mereka secara live semalam, apakata kita tengok beberapa video yang dikongsi menerusi Instagram peminat mereka semalam.



Previous Post Next Post