Kolaborasi PSY



Penyanyi rap popular Snoop Dogg dikatakan bakal muncul sebagai kameo dalam video muzik Psy yang akan menjalani penggambaran hujung bulan ini.

Psy sebelum ini pernah memberi gambaran mengenai kolaborasinya bersama Snoop Dogg dalam satu status tweet yang bertulis “Snoop Dogg x psy. Akan Datang” bersama-sama dengan sekeping foto mereka bersama.




Dia yang mencetuskan fenomena melalui lagu Oppa Gangnam Style, pernah muncul sebagai artis undangan dalam GGN News milik Snoop Dogg untuk episod Doggystyle Meets Gangnam Style.

Mungkin disebabkan itu, penyanyi kulit hitam popular Amerika Syarikat itu membalas ‘jasa’ dengan bersetuju untuk muncul dalam video muzik Psy pula.
Previous Post Next Post