LOS ANGELES, 19 FEB 2014: Pada 22 Mac 2013, band muzik Chemical Romance telah pun membuat kenyataan rasmi di laman web mereka bahawa bakal berpecah serta bakal dibubarkan tidak lama lagi.
Perpecahan tersebut bagaimana tidak ada kena-mengena dengan pergaduhan yang berlaku di antara anggota band muzik tersebut.
Sebaliknya, ia dilakukan kerana sudah sampai waktunya untuk mereka mengakhiri kerjaya muzik mereka, selepas 12 tahun berjuang bersama-sama biarpun wujudnya keluar masuk anggota lama dan baru.
Bagi meraikan pengakhiran kerjaya muzik mereka, My Chemical Romance sempat menghasilkan sebuah koleksi album terbaik yang berjudul May Death Never Stop You: The Greatest Hits 2001–2013.
Album yang bakal diluncurkan di pasaran dunia bermula 25 Mac 2014 ini menghimpunkan lagu-lagu materi terbaik mereka bersama beberapa materi lain yang belum pernah diperdengarkan. Antaranya ialah Attic Demos dan Fake Your Death.
Fake Your Death adalah antara trak yang boleh dsifatkan sebagai antara trak baru menarik yang telah diselitkan di dalam album ini. Jom dengar trak Fake Your Death!