LOS ANGELES, Nampaknya Justin Bieber bengang sungguh dengan kenyataan yang dibuat oleh Miley Cyrus tentang dirinya di dalam program bual bicara, The Tonight Show bersama Jay Leno.
Dalam program tersebut, Miley Cyrus telah memberitahu Jay Leno bahawa Justin Bieber perlu membina kelab malam di kediamannya sendiri untuk mengelakkan daripada berlakunya pelbagai kejadian yang tidak diingini.
Dek kerana terlalu bengang, penyanyi lagu Baby itu terus menghubungi Miley Cyrus pada keesokan harinya dan meminta supaya Miley Cyrus diam dan menutup mulutnya.
Sumber memberitahu: "Justin benar-benar bengang. Dia fikir dia dengan Miley Cyrus benar-benar kawan baik, lebih-lebih lagi bila Miley sering dikritik hebat akibat penampilan liarnya.
"Miley berusaha untuk meminta maaf. Miley juga tidak berasakan bahawa komennya itu bersifat kritikal atau negatif. Tapi, bila Miley cuba pertahankan diri dan memberitahu bahawa Justin perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu, bekas teman lelaki Selena Gomez itu terus 'naik hantu' dan meletakkan telefon," kata sumber itu.