Fasha Sanda New Age Primadona



Fasa baru kehidupan Fasha Sandha lebih tenang dan bermakna setelah berumah tangga. Lebih-lebih lagi semenjak bergelar ibu, aktres jelita ini nampaknya semakin matang dalam setiap tindak-tanduknya. Fasha Jelas telah menemui bahagia yang dicarinya selama ini.

Isu terdahulu, GLAM merakam Fasha Sandha untuk isu khas perkahwinan. Ketika itu, aktres jelita ini masih lagi single namun sempat berkongsi dengan para pembaca mengenai impian perkahwinannya. Bulan ini, GLAM kembali menampilkan Fasha. Kali ini sebagai isteri dan ibu. Menyelak lembar terdahulu, nyata hampir kesemua mimpi dan doanya dimakbulkan.




Segalanya mencipta impak hebat kepada kehidupan Fasha hari ini. Resam anak wayang, setiap liku hidup menjadi perbincangan terbuka di dada-dada akhbar dan media sosial. Cuma selepas melangsungkan perkahwinan bersama Rizal Ashram Ramli, momentum kerjaya Fasha di mata masyarakat beransur stabil.



Tidak lagi dilanda kontroversi, kehidupannya sekarang lebih fokus pada perkara yang lebih penting; iaitu sebagai isteri,
menguruskan rumah tangga. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata sulung, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram yang kini baru meningkat usia 11 bulan, hidup Fasha menjadi lebih lengkap. Pengalaman sebagai ibu baru mengajarnya menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab. Permata hatinya itu menjadi penawar dikala tubuh keletihan sementelah penat seharian berkerja.

Hari yang memenatkan kembali ceria apabila kepulangannya disambut dengan senyum tawa Rayfal. Berseri-seri wajah Fasha setiap kali berbual mengenai putera kesayangannya itu.

SEMAKIN MATANG Walau sekadar ringkas berseluar jeans dan berkemeja putih, aura bintang Fasha Sandha cukup menyerlah. Aktres ini nampaknya seperti tidak berapa cerewet dengan penampilannya dan sudah cukup selesa dengan helaian asas sahaja. Gaya Fasha juga nampaknya semakin matang setelah bergelar ibu. Hari penggambaran, dia muncul berjaket tweed berserta celana tailored potongan lebar.

“Saya minat fesyen, walau seharian saya tampil simple saja. Dari Zara hingga MNG untuk pakaian setiap hari, tapi kalau ada majlis formal barulah saya betul-betul melaram, termasuklah saat di set penggambaran serta fotografi seperti hari ini!” ujar Fasha yang
turut meminati rekaan Rizman Ruzaini, Syaiful Baharim dan Bianco Mimosa.
Previous Post Next Post