SIRI realiti popular Running Man pada saluran SBS memang diminati ramai dan antara peserta yang sering diberi perhatian ialah Lee Kwang Soo.
Dia bukan saja peserta program malah kombinasi pelakon, model dan karakter program hiburan. Pada episod 23 Februari lalu, Kwang Soo muncul memakai rambut palsu dan sesekali berlagak karakter wanita bernama Kwang Ja.
Menggunakan identiti baru itu, Kwang Soo pandai bermain dengan karakter itu sehingga menyebabkan penonton ketawa tidak kering gusi.
Bagaimanapun, selain aktif dalam program seperti itu, Kwang Soo juga kerap beraksi di layar lebar. Dia sering mendapat tawaran berlakon daripada ramai produser dan pengarah filem di Korea Selatan.
Daripada filem 5 Eagles Brothers kepada Good Friends, Kwang Soo berjaya mencabar diri dengan membawa pelbagai watak dalam genre berbeza.
Sebelum bergelar pelakon, dia aktif di pentas peragaan dan sering mendapat jolokan zirafah dalam Running Man dek ketinggian dan susuk tubuhnya yang tegap.
JOM layan Kwang Soo Menari dalam rancangan running man