Izzue Islam sudah demand?



PANGGILAN yang Aida terima pada pagi Khamis lalu benar-benar mengejutkan, nasib baik tidak tercekik nasi lemak yang sedang dimakan. Lelaki misteri ini melahirkan rasa kecewa dengan perangai Izzue Islam yang kononnya semakin lupa diri. Ngape dia amnesia ka?

Abang misteri itu bagi tau sewaktu kumpulan Forteen buat persembahan di Singapura baru-baru ini, Izzue buat perangai kekwat tak mahu bertemu peminat pada hari berikutnya.

“Izzue tidak mahu turun padang untuk bertemu peminat kerana tiada bayaran disediakan. Kenapa One, Ariz dan Ameerais boleh pun pergi ke acara yang telah diaturkan itu," beritahu abang misteri pada Aida.

Berpinar-pinar juga fikiran Aida memikir, benarkah perangai Izzue gitu kerana selama mengenali penyanyi dan pelakon itu, dia budak baik.

Tidak mahu meneka dalam kesamaran seperti lagu Ibnor Riza itu, Aida pun tanya sendiri pada Izzue.

“Saya minta maaflah kalau ada yang terasa hati dengan perkara ini. Saya bukan sengaja nak buat hal tetapi sejak dulu lagi saya sudah beritahu pada penganjur yang saya tidak boleh hadir sesi perjumpaan dengan peminat kerana terikat dengan komitmen lain di Malaysia," katanya.

“Saya sudah memberitahu penganjur yang saya tidak akan menyertai acara bertemu peminat memandangkan saya akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Rasanya semua orang sudah tahu, ahli Forteen sendiri tahu. Jadi tidak timbul saya kecewakan sesiapa," katanya.

Tidak tahu ada yang mengatakan dia kini semakin lupa diri, bagi Izzue dia tahu hal kecil sebegini kalau tidak dijelaskan mampu merosakkan imej dirinya.




“Saya tidak tahu pula akan ada bayaran atau tidak di acara bertemu peminat itu, sebab saya sudah beritahu kepada penganjur sebulan sebelum acara tersebut yang saya tidak akan ada di sana. Timbul salah faham apabila ada yang tidak tahu situasi sebenar saya," katanya.

Menolak mempunyai masalah dengan ahli kumpulan Forteen, Izzue juga tidak mahu perkara ini menjejaskan fokus ahli kumpulannya.

“Kami okey, tiada sebarang masalah.

“Tetapi saya tetap mahu minta maaf jika kekeliruan ini menimbulkan sesuatu yang tidak senang di hati sesiapa, jujurnya bukan niat saya untuk berbuat demikian," katanya.

Nota Lutut: Resepsi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah bertemakan “Taman Islam", wow! Pasti indah bukan.
Previous Post Next Post