Jentera Konsert 'Suara Kita' Bersiap Sedia



Bertempat di pejabat Antipop Event, Damansara Perdana, 'team' 'Konsert Teaterikal Suara Kita' telah berjumpa buat pertama kalinya selepas sesi sidang media yang diadakan dua minggu lalu.

Perjumpaan itu melibatkan pengarah konsert tersebut iaitu Erma Fatima. Turut hadir, dua bintang utama konsert ini iaitu Erra Fazira dan Ziana Zain. Tidak terkecuali pengarah muzik konsert, Edrie Hashim.

Sesi tersebut lebih kepada perbincangan konsep dan perjalanan konsert itu nanti. Apa yang pasti, konsert ini bakal mencatatkan sejarah tersendirinya kerana menggabungkan kembali tiga bintang hebat tanah air yang pernah menggegarkan industri perfileman tempatan menerusi filem 'Sembilu' dan 'Sembilu 2'.




'Konsert Teaterikal Suara Kita' yang membariskan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain ini bakal di persembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 hingga 9 Mac 2014.

Tiket-tiket untuk menyaksikan kesemua persembahan sudah mula dijual di www.ticket2u.biz atau boleh terus ke kaunter penjualan tiket di Istana Budaya. Tiket-tiket berharga, RM79, Rm149, RM199, RM249, RM299, RM349, RM399 dan RM499.

GAMBAR:

Previous Post Next Post