Peluang Menonton 42 Saluran Percuma Dengan Astro Njoi



Berita baik untuk pelanggan Astro yang mempunyai set dekoder Astro yang tidak aktif, anda boleh terus menikmati 42 saluran percuma dengan perkhidmatan Njoi.

Pengguna berpeluang menonton rancangan terbaik tempatan mahupun antarabangsa yang merangkumi hiburan, pendidikan, berita dan pelbagai informasi termasuklah Piala Dunia FIFA 2014™ menerusi 22 saluran televisyen dan 20 stesen radio antaranya Astro Awani, Astro Oasis, Astro AEC, Astro Xiao Tai Yang, CCTV4, Astro Vanaavil, Makkal TV, Bernama TV, Astro Tutor TV dan pelbagai lagi.




Pelbagai saluran hiburan untuk dinikmati antaranya Astro Bella, Astro Citra, Astro Warna, Astro Ria, TVB Xing He, Astro Shuang Xing, Celestial Movies dan Astro Hua Hee Dai. Istimewa buat para peminat sukan di Malaysia, Astro Arena dan Astro Supersport 4 juga boleh didapati di Njoi dengan kadar yang berpatutan. Penggemar filem pula boleh menikmati rangkaian filem terhebat dari RM10 untuk sebuah filem di saluran Astro Best, Astro First dan Astro Box Office Movies Thangathirai.

Tawaran hebat tanpa sebarang cas langganan bulanan ini pastinya dapat memenuhi kehendak tontonan kesemua golongan. Layari www.njoi.com.my/activate untuk mendaftar dan nikmati 42 Saluran Percuma melalui Njoi. Tawaran berakhir pada 30 April 2014. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Njoi, sila layari www.njoi.com.my
Previous Post Next Post