Jue Aziz Jodoh saya belum tiba

Selepas namanya sedikit tercalar gara-gara beberapa siri kontroversi, pelakon seksi Jue Aziz seolah-oleh menyepikan diri.

Selain pernah bercinta dengan pelakon Jehan Miskin, pelakon dengan nama sebenar Juliana Ab Aziz, 31, ini pernah dikaitkan de­ngan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd Razak serta tersebar gambar dia bersama seorang bayi di Internet yang didakwa anaknya.




Namun, Jue yang ditemui baru-baru ini di Pulau Pinang mengakui segala kontroversi itu menjadikan dirinya lebih matang.

Katanya, apa yang ditempuhi sebelum menjadi lipatan sejarah dalam hidupnya dan mengharapkan tahun ini memberikan harapan baik buatnya.




Pelakon yang sudah membintangi lebih 20 drama dan beberapa filem termasuk Hantu Bonceng, Abuya dan terbaru Kapsul arahan Martias Mohd Ali ini sebenarnya merasakan dirinya masih bertatih lagi dalam industri seni.


“Perjalanan saya masih jauh lagi dan saya bersyukur rezeki lakonan masih lagi diterima,” katanya.

Ditanya mengenai perkahwinan, gadis berbintang Aquarius ini mengakui sedang berkawan rapat dengan seseorang dan masih dalam proses mengenal hati budinya.

“Insya Allah sekiranya ada jodoh, pasti saya akan berkahwin. Soal kahwin lambat bukan isu, tetapi jodoh masih belum tiba. Tiada siapa yang tidak mahu berkahwin dan apa yang dilakukan kini adalah lebih berhati-hati dan tidak mahu untuk melatah lagi seperti dulu dan cukuplah apa yang berlaku sebelum ini.

“Kini saya makin matang dan impian saya untuk melangkah ke ikatan perkahwinan yang menjadi impian setiap wanita selain mempunyai zuriat sendiri walaupun kini sudah mempunyai seorang anak angkat lelaki berusia setahun lima bulan,” katanya.

Jue ditemui ketika bercuti di Pulau Mutiara itu serta menyambut ulang tahun kelahirannya ke-31 bersama teman-temannya.

“Peluang keemasan meraikan hari jadi bersama teman-teman rapat di sini (Pulau Pinang) amat meriah. Saya cukup gembira dan terharu dengan kehadiran rakan-rakan,” katanya.
Previous Post Next Post