SEJAK tayangan Ariana Rose berakhir Khamis lalu, Miss J dapat banyak aduan berkaitan heroin drama itu, Nur Fathia.
Dengar cerita ada segelintir pihak yang Fathia yang tak berpuas hati dengan keberanian pemegang ijazah undang-undang itu.
Tentunya melibatkan beberapa adegan intim bersama hero Ariana Rose, Keith Foo yang membuatkan orang ramai berbunyi.
Masakan tidak lakonan mereka bukan main mesra. Kalau setakat berpegangan tangan pun ada yang menganggap kurang manis, inikan pula adegan berpelukan sakan bak suami isteri.
Dengarnya ramai yang marah-marah dan tak suka dengan adegan mesra terlampau Fathia-Keith yang penonton fikir agak over.
Bukannya apa, kita ini masyarakat Timur. Kaya dengan adab sopan.
Lagi pun sebagai pelakon wanita yang beragama Islam Fathia sepatutnya kena lebih sensitif dengan babak-babak yang boleh mengundang cakap-cakap orang ramai seperti lakonannya di dalam drama yang mendapat sambutan ramai itu.
Berbeza dengan Keith Foo... Dia bukan Muslim. Nak over pun tak apa. Cuma Miss J tertanya-tanya juga, tak marahkah buah hati Keith apabila melihat babak-babak mesra kekasihnya dengan orang lain?
Bukan itu sahaja Miss J dengar gara-gara lakonan intimnya dengan Keith ada pihak yang cuba melaga-lagakan keharmonian cinta Fathia dengan kekasihnya, Aiman Hakim.
Yang tak seronoknya sampaikan ada yang berharap agar Fathia dan Aiman Hakim putus. Eh! Macam itu pula. Apa cerita ini?
ARTISMELETOP: Semoga jodoh mereka akan sampai ke jinjang pelamin