SEPERTI yang dijangkakan ramai peminat muzik tempatan, lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz Suip, ciptaan LY berjaya meraih kemenangan di pentas Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28), Ahad lalu.
Tidak hanya itu, Hafiz turut berjaya merangkul gelaran Persembahan Terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke-28 selain Anugerah Juara Mobile yang dibawakan oleh Xpax Celcom.
Manakala Hyper Act yang menyanyikan lagu Hanya Aku ciptaan bersama Frozen meraih naib juara dan lagu Aku Kaya dendangan Altimet dan Awi Rafael berada di tempat ketiga.
Bagi persembahan vokal terbaik pula dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku.