Nik Michael Komen Tentang Status Instagram Chef Wan



Chef selebriti tersohor Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerusi akaun Instagramnya pada Rabu lalu ada memberikan pandangannya mengenai program masakan masa kini. Dalam entri tersebut, Chef Wan meletakkan gambar Nik Michael Imran sedang mengacarakan program masakan 'Dapur Panas' siaran TV3 dan meletakkan kapsyen yang berbunyi:

“Jarang not even once a year I make an effort to watch our local cooking show as I have very little time to do so. Today while spring cleaning my ex-wife home with my son, my maid and my driver, I happened to see this show. Not only I find the show terribly boring but the kitchen set that was stage infront of a pelamin to be so hideous! Bilalah TV station kita ni akan berubah sikap mereka to produced a cook TV cook show with a better production co that understand what TV cook show is all about? Bersepah contoh-contohlah, di TV cable antarabangsa yang lain today yang boleh kita belajar dan ambil contohnya.




After 26 years being a TV chef you still see the same shit over and over again. Bila agaknya kita ni boleh maju ke hadapan sikit and buat sesuatu yang baik? We don’t seem to progress at all and the quality is also poor. Hari ini any Tom, Dick and Harry boleh jadi celebrity chef. Jika kita tengokkan CV mereka pengalaman dah lah kurang, asalkan ada ‘rupa’ boleh host terus jadi celebrity chef. Dulu-dulu kita nak belajar memasak dari orang yang tinggi pengalamannya serta jauh perjalanannya macam orang tua katalah, dah banyak makan garam. Tapi these days yang setahun jagung baru belajar memasak sedikit dah mula nak mengajar orang lain.

How is these possible? Bukan ke dunia memasak ini has to do with skill labour? Yang menang MasterChef baru setahun jagung pun dah keluar buku masak sendiri padahal pengalaman di dalam dunia culinary mereka sangatlah kurang. But what to do semua ini adalah kesilapan TV station itu sendiri yang keluarkan TV chef hari ini asalkan dapatlah tanpa memikirkan the quality and skill of that host itself,” ujar Chef Wan panjang lebar.



Berdasarkan entri tersebut, ARTISMELETOP cuba menghubungi Nik untuk mendapatkan komen pengacara rancangan ‘Dapur Panas’ itu mengenai perkara yang telah dibangkitkan oleh Chef Wan menerusi akaun Instagramnya.

“Saya tahu mengenai entri Chef Wan dalam Instagram miliknya. Gambar saya ada dalam entri tersebut, sudah tentulah saya terlibat tapi kalau tengok pada komen pula, TV3, tenaga produksi dan peserta Masterchef lain juga ada disebut dalam entri itu,” ujar Nik yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp.

Menerusi entri tersebut, sememangnya Chef Wan tidak spesifik dalam menujukan kepada mana-mana pihak. Ketika ditanya apakah reaksi Nik sebagai salah seorang peserta Masterchef dan juga sebagai orang yang gambarnya ada dalam entri tersebut, Nik ada penjelasannya yang tersendiri mengenai isu ini.

“Dari segi produksi, saya rasa kemungkinan dia kurang jelas yang sebenarnya konsep rancangan tersebut memang bertukar-tukar setiap minggu. Tapi jikalau nak bandingkan, memang produksi luar negara jauh berbeza dan jauh lagi perjalanan kita untuk ke sana. Mengenai komen saya sendiri mengenai entri di instagramnya, saya enggan mengulas lanjut. Saya hormati pendapat dia dan dia ada hak untuk menyuarakan apa yang dia mahu,” tutur Nik lagi.

Ketika ditanya adakah Nik akan mengambil pandangan Chef Wan sebagai salah satu pendorong untuk dirinya, Nik hanya membalas ringkas dengan mengatakan, “Semua orang mahu berubah menjadi yang lebih baik.”
Previous Post Next Post