Nilai eksklusif Rossa



KERAP mendapat jemputan persembahan di Malaysia, Rossa bagaimanapun bijak mengekalkan nilai eksklusif dirinya.

KEHADIRAN Datuk Rossa dalam industri muzik tanah air sejak sepuluh tahun yang lalu begitu disenangi oleh para peminatnya.

Justeru, tidak hairanlah jika penyanyi yang popular dengan lagu Tegar ini begitu kerap mengadakan persembahan di Malaysia.

Hampir setiap dua bulan, tuan empunya nama Rossa Roslaina Sri Handayani, 36, akan terbang ke Kuala Lumpur bagi memenuhi beberapa undangan nyanyian seperti acara-acara anugerah, konsert amal serta majlis makan malam yang dianjurkan oleh pelbagai badan korporat.

Bijak dalam mengatur jadual kerjaya, anak jati Sumedang, Jawa Barat ini mempunyai cara yang tersendiri agar nilai eksklusifnya masih setanding dengan penyanyi-penyanyi hebat tempatan yang lain.




Sejujurnya, saya memang kerap datang ke Malaysia untuk memenuhi undangan nyanyian. Bagaimanapun, saya pastikan kehadiran saya di sini mempunyai jarak sekurang-kurangnya dua bulan antara sesebuah persembahan.

Ini membolehkan saya hadir dengan idea persembahan yang lebih segar dan berbeza supaya para peminat di sini tidak jemu setiap kali menonton persembahan saya,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman sambutan Minggu Setiausaha Atas Nama Cinta... A Tribute To Secretaries di Hotel Royale Chulan, Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Suka budaya Malaysia

Ketika ditanya mengenai kekerapannya bertandang ke Malaysia, Rossa memberitahu, selain mempunyai syarikat rakaman yang menguruskan kerjayanya di sini, dia turut menggemari budaya dan tradisi yang terdapat di negara ini.

Jika mahu dibuat perbandingan, penyanyi Indonesia lain yang datang ke Malaysia bagi mempromosikan album hanya singgah untuk sementara waktu sahaja.

Saya pula sangat beruntung kerana kerjaya dan jadual promosi diaturkan oleh syarikat rakaman SRC.

Selain itu saya sukakan budaya yang terdapat di sini. Sebab itu saya tidak pernah bosan untuk mengembangkan karier di Malaysia,” katanya yang turut memberikan keutamaan kepada selera peminatnya di sini setiap kali ingin merakamkan lagu.


Dari kiri: Dangsuria, Rossa, Badrul Rezal Baharudin dan Intan bergambar selepas sesi sidang akhbar pengumuman Minggu Setiausaha Atas Nama Cinta... A Tribute To Secretaries yang bakal berlangsung di Hotel The Royale Chulan, Damansara pada 9 April ini.

Minggu setiausaha kedua

Dalam perkembangan lain, Rossa bakal terlibat dalam sebuah persembahan istimewa bersempena sambutan minggu setiausaha yang dianjurkan oleh Hotel The Royale Chulan Damansara, Kuala Lumpur.

Menampilkan persembahan yang lebih santai dan dekat dengan peminat, acara yang diberi judul Atas Nama Cinta... A Tribute To Secretaries itu bakal membawakan kelainan berbanding beberapa persembahannya sebelum ini.

â€Å“Sebelum ini, saya sering menyanyi di atas pentas dan berinteraksi dengan para penonton dari jarak jauh. Tetapi, pada kali ini, saya mahukan persembahan yang lebih peribadi dan mesra.

â€Å“Persembahan itu akan berlangsung selama 1 jam 30 minit. Terdapat beberapa sentuhan peribadi yang akan ditampilkan dan banyak kejutan yang akan saya kongsikan bersama mereka nanti,” katanya yang bakal menyanyikan kira-kira 12 buah lagu termasuk lagu Salahkan yang akan didendangkan bersama Hafiz.

Sambutan menggalakkan

Sementara itu, menurut Pengurus Perhubungan Awam Hotel The Royale Chulan Damansara, Kuala Lumpur, Dangsuria Zainurdin, harga tiket yang dikenakan sangat berpatutan dan permintaan daripada para peminat setakat ini sungguh memberangsangkan.

â€Å“Sambutan yang diterima cukup memberangsangkan. Beberapa syarikat telah pun menghubungi saya dan membuat tempahan sebelum sidang akhbar ini berlangsung lagi.

â€Å“Melalui penjualan tiket tersebut, mereka bukan sahaja dapat makan tengah hari sambil menonton persembahan Rossa dengan lebih dekat, malah, terdapat beberapa cabutan bertuah dan hadiah menarik turut disediakan. Antaranya, tiket penerbangan pergi dan balik ke Amsterdam, Belanda dan Jakarta, Indonesia,” katanya.

Atas Nama Cinta... A Tribute To Secretaries akan berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Mutiara Grand Ballroom, Hotel The Royale Chulan Damansara pada 9 April 2014.

Tiket-tiket berharga RM500, RM1,000 dan RM1,500 boleh didapati melalui talian 03-7959 9000 (sambungan 9190) atau e-mel ticket@tred.com.my.
Previous Post Next Post