Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Saling Tunding Jari



Keretakan hubungan pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose menjadi bualan hangat apabila Sharnaaz dikatakan menjadi orang ketiga terhadap hubungan tersebut.

Ketika peminat masih membicarakan tentang perpisahan mereka, Pekin dan Uqasha kembali menyulam cinta kerana Pekin mendakwa dia salah faham terhadap Uqasha dan Sharnaaz yang sebenarnya merancang parti hari jadi untuk Pekin.

Selepas 'drama' itu berlalu, pasangan ini tampil dengan kenyataan yang mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini dan telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka. Bagaimanapun episod drama pasangan ini bersambung semula apabila Uqasha mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan mereka sudah menemui titik penamat.




“Pekin tak mahu mengulas lanjut mengenai hal ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Uqasha sendiri. Perkara ini bertentangan dengan pendirian Pekin kerana Pekin tak suka publisiti sebegini,” ujar Pekin ketika diminta mengulas tentang perkembangan terbaru itu.

Enggan memberikan sebarang komen berhubung kontroversi tersebut, Pekin berharap agar fokus diberikan terhadap kerjaya seninya. Pekin sedang menjalani penggambaran sebuah karya Mamat Khalid yang berjudul 'Rumah Pusaka Di Simpang Jalan'.

Kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Pekin, GUA menghubungi Uqasha pula untuk mendapatkan penjelasannya lanjut. Bagaimanapun, Uqasha enggan memberikan sebarang komen.

"Saya minta maaf saya tak mahu cakap apa-apa lagi tentang masalah ini. Lebih baik hal ini ditanya terus kepada Pekin," ujarnya ringkas.
Previous Post Next Post