Keputusan Mizz Nina yang menghadkan persembahan untuk khalayak wanita saja ternyata mendapat reaksi positif daripada orang ramai.
“Wanita perlukan hiburan dan suara merdu adalah anugerah ALLAH SWT, maka selayaknya kelebihan serta kebolehan itu disesuaikan dengan syariat, yang mana menyanyi di khalayak wanita dengan lirik bersesuaian insya-ALLAH akan dikira ibadat serta membawa keberkatan kepadanya,” ujar
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan kesejahteraan Rakyat, Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi menerusi Sinar Harian online.
Menurut Mumtaz lagi, pendirian Mizz Nina yang menepati syariat itu perlu diberi pujian dan penghargaan sekali gus wajar menjadi contoh kepada masyarakat.
Dalam pada itu, Mizz Nina akan beralih arah untuk menumpukan perhatian menguruskan butik dan syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu.