TAHNIAH buat pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang sudah bergelar ayah pada 3 Februari lalu. Walaupun tidak pernah melibatkan diri dalam dunia seni, kehidupan Apek bersama isteri tercinta Leuniey Natasha sentiasa menjadi perhatian ramai.
Bagi Joyah populariti yang diraih keluarga bahagia ini mungkin berjangkit kepada anak pertama pula selepas ini. Beberapa bulan lalu Joyah sempat bertemu Apek dan bertanyakan prinsipnya dalam soal penayangan" anak untuk umum. Ternyata Apek bersifat lebih rendah diri dan menjelaskan dia tidak terfikir untuk menyorokkan anaknya.
Memang terbukti, dalam tempoh dua hari sahaja, laman Instagram Apek sudah dipenuhi gambar anak perempuannya. Setakat ini pasangan bahagia tersebut masih belum mengumumkan nama anak mereka.
Joyah tidak rasa mereka akan melambatkan proses pengumuman tersebut memandangkan sudah menggunakan hashtags #babyk merujuk kepada anak mereka. Tiada apa yang dapat Joyah sampaikan selain ucapan taniah buat Apek. Dan buat Leuniey pula, Joyah ucapkan selamat menjalani amalan berpantang.