BIARPUN belum memaklumkan tarikh pernikahannya, namun aktres cantik dari seberang, Acha Septriasa mengakui merasa bangga andai dapat bersanding dengan kekasihnya, Ditto Rukmana suatu hari nanti.
Acha berkata, dia juga berasa bertuah dan bangga kerana Ditto memenuhi kriteria jejaka idamannya dan juga keluarganya.
"Saya rasa bangga sangat jika dapat bersanding dengan dia, dapat seorang lelaki yang rapat dengan keluarga saya dan menjadi jejaka idaman saya dan keluarga.
"Rencana perkahwinan itu sudah ada dan mudah-mudahan ia akan termakbul tidak lama lagi. Saya masih mahu merahsiakan tarikh pernikahan tetapi apa yang pasti, tahun ini," katanya.