Acha tidak selesa di Eropah


ACHA SEPTRIASA

DIBERI kepercayaan memegang peranan menerusi filem 99 Cahaya Di Langit Eropah membuatkan Acha Septriasa berpeluang merasai kehidupan di beberapa buah kota Eropah seperti Vienna, Paris, Cordoba dan Istanbul. Namun, akibat cuaca yang tidak menentu, Acha mengakui dia lebih rela menetap di Indonesia.

"Ya, Eropah sebuah negara yang cantik. Namun, sesi penggambaran di empat buah negara yang berbeza membuatkan saya berasa tidak selesa kerana cuaca yang tidak menentu.

"Di Vienna keadaan cuaca begitu sejuk dan di Paris, hujan kerap turun dengan lebat," kata Acha.




Mengulas lanjut, selepas selesai sesi penggambaran di Paris, dia perlu mengubah lokasi ke Cordoba, Sepanyol. Di Cordoba dia perlu berdepan cuaca panas kira-kira 40°C, manakala di Instanbul, Turki pula, suhunya mencecah sehingga 45°C pada waktu tengah hari.

Acha berkata, akibat daripada cuaca yang tidak menentu itu dia merasakan Indonesia ialah sebuah negara yang terbaik untuk didiami.

"Memang benar Indonesia ialah negara yang terbaik. Saya bebas untuk mengenakan apa juga jenis pakaian kerana cuaca di Indonesia tidak seperti di sana," ujarnya.

Sementara itu, selama menjalani sesi penggambaran di empat buah negara, Acha mengakui dia jarang bertemu dengan teman di Indonesia. Kerinduan tersebut bagaimanapun terubat menjelang sesi akhir penggambaran apabila pihak produksi menyediakan makanan dari Indonesia.
Previous Post Next Post