Sejak mula terbabit dalam bidang seni, namanya sering dikaitkan dengan ramai artis wanita.
Selepas putus cinta dengan Anne Ngasri, penyanyi dan pelakon kacak Aliff Aziz turut dikaitkan dengan penyanyi Adira dan Ain AF8 sebelum ini.
Terbaru, nama Aliff terpalit lagi dengan kontroversi menerusi penyebaran gambar mesranya yang hampir bercium bersama seorang wanita berambut perang di Internet.
Bagi pemilik nama sebenar Mohammad Aliff Aziz, 23, ini, dia tidak berhasrat untuk menunjuk-nunjuk pada orang dengan penyebaran gambar bersama gadis yang dikenali sebagai Shaz-leen itu.
Foto
ENGGAN bercerita hubungannya dengan Shazleen.
“Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar di Internet. Namun, saya tidak boleh salahkan Shazleen dan ibunya dalam hal ini kerana saya juga bersalah kerana tidak berhati-hati.
“Saya juga berbincang secara baik dengan Shazleen mengenai isu ini supaya ia tidak berulang kerana dia turut berdepan dengan tekanan selepas penyebaran gambar berkenaan,” katanya.
Ditanya sejauh mana hubungannya dengan Shazleen pula, Aliff berkata, gadis itu adalah anak kepada seorang kenalan lama dan gambar itu diambil oleh ibunya sempena sambutan hari jadinya pada 19 Februari lalu.
“Saya menghormati Shazleen dan keluarganya kerana kami sudah kenal lama. Ibunya juga banyak bekerjasama dengan saya membabitkan projek per-sembahan sebelum ini.
“Apapun, saya baru berkawan dengan Shazleen selama dua bulan dan tidak bersedia untuk komen lebih lanjut mengenai hubungan kami.
“Soal cinta dan kahwin ini masih jauh lagi kerana fokus dan keutamaan sekarang untuk mengukuhkan lagi karier seni,” katanya.
Jika dulu kata Alif, dia sangat terbuka berbicara kisah cintanya, kini tidak lagi.
“Saya ingin buka buku baru sesuai dengan usia yang semakin matang sekarang.
“Saya tidak mahu bila kerap disogokkan kisah cinta dan kontroversi, peminat juga terlepas pandang per-kembangan karier seni,” katanya.
Abadi kisah putus cinta dalam lagu
Penyanyi yang menempa nama menerusi lagu Jangan Ganggu Pacarku dan Sayang Sayang ini juga mengakui fokusnya sekarang pada karier seninya.
Buat masa ini, dia sibuk dengan proses pembikinan album penuhnya yang dijangka siap pada pertengahan tahun ini.
“Saya sangat berharap album penuh yang berkonsep pop ballad ini dapat me-ngembalikan semula nama dalam bidang nyanyian.
“Berbanding dulu, lagu yang dimuatkan juga lebih matang sesuai dengan usia saya sendiri yang sudah mencecah 23 tahun.
“Album ini mengandungi lapan lagu. Apa yang menarik, saya juga muatkan satu lagu berjudul Hari Ini yang menceritakan kisah pahit putus cinta sebelum ini.
“Saya sampaikan lagu ini dengan penuh perasaan dan peminat turut akan merasai keperitan yang pernah dilalui dulu,” katanya.
Terus terang, kata Aliff, dia banyak belajar dari kisah percintaannya yang lalu.
“Bayangkan, saya terpaksa mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk lupakan cinta yang tidak kesampaian itu.
“Dalam percintaan kita juga tidak boleh beri seratus peratus kerana bila cinta diuji kita masih mampu bangkit untuk teruskan kehidupan,” katanya.
Selain itu, Aliff juga sibuk menyiapkan baki penggambaran drama bersiri Jodoh musim kedua bergandingan dengan pelakon dan pengacara.