Entah hantu apa yang merasuk pelakon baru ini, kita pun tidak tahu. Sampaikan produksi yang mengambilnya berlakon pening kepala untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Tambahan pula ia membabitkan produksi Indonesia.
Kisahnya, orang kuat dalam produksi yang melamarnya untuk membintangi filem usahasama Malaysia-Indonesia, Kuntilanak Ciliwung mengadu kepada kita yang Eina Azman buat perangai apabila meninggalkan lokasi selepas berselisih faham dengan pengarah.
Kita tanya, apa punca perselisihan faham itu? Pasti ada benda besar berlaku menyebabkan pelakon yang pernah menimbulkan kontroversi sewaktu membintangi filem Ratu membuat keputusan meninggalkan set penggambaran.
Cerita orang kuat filem usahasama itu, pihaknya sebelum ini menunaikan segala permintaannya, termasuk membayar wang pendahuluan RM6,000 dan penerbangan kelas pertama bagi menjalani penggambaran di Indonesia.
Permintaan pelakon itu ditunaikan pihak produksi kerana Eina antara pelakon utama filem terbabit.
Layanan untuknya bagai primadona filem Hollywood.
Kebajikannya sepanjang di sana turut dijaga dengan baik.
Penggambaran Kuntilanak Ciliwung bermula awal minggu lalu, namun konflik timbul apabila Eina meminta kebenaran produksi untuk pulang ke tanah air pada 4 Mac ini dengan alasan terikat dengan komitmen kerja.
Dia perlu menghadiri majlis previu.
Sama ada majlis previu filem atau drama, tidak pula diceritakan.
Pada peringkat awal pihak produksi bersetuju kerana ia hanya mengambil masa sehari, tetapi kemudian Eina meminta sekali lagi balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac.
Situasi itu tentu akan menyusahkan pihak produksi.
Kata pengarah, sebagai pelakon utama, dia tidak boleh berbuat demikian kerana banyak babak besar dan penting membabitkan dirinya dilakukan.
Pengarah juga mencadangkan dia pulang pada 10 Mac kerana filem Kuntilanak Ciliwung juga bakal menjalani penggambaran di Kuala Lumpur selepas itu.
Mendengarkan perkara itu, Eina tiba-tiba melenting dan tetap berkeras mahu pulang ke Kuala Lumpur.
Sikapnya itu menyebabkan pengarah turut panas hati dan berlaku pergaduhan di antara mereka.
Ingatkan situasi berlaku berakhir di situ tetapi tidak apabila Eina terus meninggalkan set penggambaran dan terbang pulang sendiri.
Sikap Eina pasti mengecewakan pihak produksi tempatan yang menjalin usahasama dengan produksi dari Indonesia.
Tambahan pula bukan mudah untuk artis kita menempa nama di sana, dan apabila peluang diberi, begitu pula sikap artis kita.
Disebabkan sikap Eina yang tidak profesional, pihak produksi filem Kuntilanak Ciliwung bercadang mengambil tindakan undang-undang dengan menyamannya.
Apatah lagi banyak kerugian terpaksa ditanggung berikutan tindakan pelakon itu.
Kata teman kita yang menghubungi Eina untuk mendapat penjelasan apa sebenarnya berlaku, pelakon yang sebelum ini dikatakan hangat bercinta dengan Afiq Muiz enggan memberi komen.
Mendengar apa yang berlaku kita jadi terkejut, sejauh itu Eina bertindak.
Tidak takut kesannya nanti.
Benar juga kata orang kuat produksi filem Kuntilanak Ciliwung, bukan mudah artis kita mahu menempa nama di negara seberang, tapi apabila peluang ada di depan mata, dimusnahkan dengan sikap yang entah apa-apa.
Kita pun tak faham.