Selepas dua bulan bercuti, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta khabarnya kembali rancak bekerja. Sha difahamkan, tawaran yang datang bukan main banyak sampaikan tak menang tangan.
Ia sekali gus membuktikan pelakon jelita kelahiran Negeri Jelapang Padi ini masih laris. Kalau tidak, masakan penerbit berebut-rebut mendapatkannya.
Sepanjang bulan ini dia terikat dengan rakaman musim baru program bual bicara popular, Primadona dan selepas itu kembali ke set penggambaran beberapa drama.
Dalam masa sama, Sha terdengar yang Che Ta dan suaminya Zain Saidin akan terbabit dengan kempen raya anjuran syarikat tekstil terkemuka.
ZAIN bersama Che Ta.
Jangan terkejut ya, kontrak itu bernilai ratusan ribu ringgit. Ratusan ribu ringgit untuk kontrak tiga bulan? Wow, bertuah sungguh Che Ta dan Zain. Pasangan ini akan turut serta dalam kempen dianjurkan selama tiga bulan bermula Jun depan.
Selain itu, dengarnya Che Ta akan bergelar tauke syarikat produksi diberi nama Padusi Pictures Sdn Bhd yang akan beroperasi dalam waktu terdekat. Sebagai permulaan, syarikatnya akan menerbitkan rancangan masakan.
Ramai sedia maklum Che Ta pandai masak tetapi dalam program ini dia hanya akan muncul dalam satu episod. Yang Sha tahu, setiap episod akan ada artis menunjukkan kemahiran mereka di dapur.
Bukan saja Che Ta kencang dengan tawaran, Zain juga tidak kurang hebatnya. Selain menjayakan musim baru drama Oh My English, bersusun skrip menanti untuk diteliti dan dihafal.
Dalam pada sibuk bekerja, Che Ta tidak lupa hasrat mahu menimang cahaya mata secepat mungkin. Kata satu sumber, pasangan itu sedang berusaha dan berharap ada berita gembira tidak lama lagi.