Erra Fazira Kecewa Dikaitkan Dengan Menteri



Belum reda dengan kes penceraiannya, kini timbulnya pula khabar angin mengatakan primadona Erra Fazira bakal berkahwin dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan).

Namun spekulasi itu telah dinafikan oleh Tengku Adnan baru-baru ini.

Selepas penafian itu, aktres Erra Fazira pula tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Mengakui terkejut apabila dikaitkan dengan menteri dan juga ahli politik itu, Erra telah menjawab spekulasi liar tersebut di Harian Metro.




“Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan beliau,” ujarnya.

Erra Fazira menambah, dia harap pihak-pihak luar tak memburukkan namanya hanya kerana dia ibu tunggal.

“Mentang-mentanglah saya ibu tunggal, jangan mudah nak aibkan saya sesuka hati. Saya ada keluarga, begitu juga pihak yang dikaitkan itu yang ada keluarga perlu dijaga,” katanya.

Erra Fazira kini sedang sibuk dengan ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ arahan Erma Fatima yang dipentaskan selama 7 hari bermula dari 3 hingga 9 Mac bertempat di Istana Budaya.

Selain Erra, konsert ini turut menampilkan penyanyi, Awie dan Ziana Zain.
Previous Post Next Post