Susulan kontroversi yang didakwa merampas suami orang, aktres Hanez Suraya mengakui tidak takut pada balasan ataupun “karma” kerana percaya dia berada dipihak yang benar dan ikhlas dalam perhubungannya dengan Mr. R.
“Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar.
“Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu,” jelas Hanez.
Sementara itu, kekasihnya Mr. R memberitahu biarpun kontroversi ini berlaku ia tidak sedikitpun membuatkannya untuk mengubah fikiran daripada mengahwini Hanez Suraya.
“Sejak mengenali dia, saya memang jujur untuk berkawan malah saya turut menjelaskan situasi saya (sedang menyelesaikan kes perceraian).
“Saya menunjukkan kejujuran saya dengan berjumpa sendiri keluarga Hanez dan mereka langsung tidak masuk campur urusan saya dengan Nurliyana.“Soal jodoh kami (dengan Hanez) sekarang ini, biarlah takdir menentukan,” tuturnya.
Dalam sidang media yang diadakan semalam, Hanez menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada isteri Mr. R iaitu Puan Liyana Manan kerana kononnya telah mencalarkan nama baiknya.
ARTISMELETOP: APA-APALAH CIK HANEZ SURAYA OII. ASALKAN ANDA BAHAGIA. HEHE