Fenomena Sembilu Kembali Di Istana Budaya



Apalah yang boleh dijangkakan apabila 3 superstar bergabung diatas satu pentas, mestilah persembahan yang mantap dan menghiburkan!. Itulah yang berlaku di Istana Budaya semasa hari pertama Konsert Teaterikal Suara Kita yang berlansung pada 3 Mac 2014 yang lepas.

Kehadiran penonton yang hampir “full house” turut menbuktikan bahawa Awie, Erra dan Ziana masih lagi menjadi fenomena dalam industri seni tanah air.




Konsert Teaterikal Suara Kita dibahagikan kepada 2 segmen utama, iaitu segmen nyanyian di mana Awie, Erra dan Ziana masing masing menyanyikan 3 buah lagu. Persembahan mereka juga turut dihiasi dengan busana dan dekorasi pentas yang memukau. Segmen yang kedua adalah segmen teaterikal, iaitu boleh dianggap pementasan semula scene-scene nostalgia dan popular dari Filem Sembilu, Maria Mariana, Merah dan Tragedi Oktober.

Konsert Teaterikal Suara Kita ini berdurasi 2 jam 30 minit dan dipentaskan di Istana Budaya selama 7 hari dari 3-9 Mac 2014. Untuk mendapatkan tiket, anda boleh layari www.ticket2u.biz atau boleh dibeli secara terus di Kaunter Tiket Istana Budaya.

Gambar Menarik dari Konsert Teaterikal Suara Kita

Previous Post Next Post