Berlatar belakangkan hampir sebahagian besar lokasi penggambaran di bandar Amsterdam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan drama terbaharu bertajuk “Mencari Cinta” yang menampilkan gandingan pelakon popular Elly Mazlein, Fizz Fairuz, Riezman Khuzaimi, Dynas Mokhtar, Tania Hudson, Connie Ahmad dan Aripah Damanhuri.
Disiarkan mulai 6 Mac ini, setiap Khamis dan Jumaat, pukul 10.05 malam di TV1, kisahnya tentang cinta yang bersemi selepas perkahwinan dirancang oleh keluarga antara Myra anak perempuan tunggal Tan Sri Johan yang ditinggalkan kekasihnya di saat hendak melangsungkan perkahwinan. Demi menutup malu keluarga Tan Sri Johan bercadang menjodohkan anaknya dengan anak keluarga angkatnya di kampung.
Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampung yang begitu dedikasi pada orang tua dan amanah keluarga mengerjakan ladang ternakan walaupun berpelajaran tinggi. Razlan juga baru lepas dikecewakan oleh tunangnya Mila yang ingin menyambungkan pelajaran. Bagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa antara Mila dan dia tiada jodoh.
Pada awalnya, Myra menolak keras cadangan Tan Sri Johan mengahwini lelaki kampung yang tidak dikenalinya tetapi Myra terpaksa angkur dengan kehendak keluarganya, manakala Razlan hanya menyambut niat baik keluarga Tan Sri Johan yang merupakan adik angkat arwah bapanya.
Drama bersiri 40 Episod Mencari Cinta Berlatarkan Bandar Amsterdam Lakonan Elly Mazlein dan Fizz Fairuz di TV1
Jodoh pertemuan ditangan Tuhan dengan latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampung yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya tetapi akhirnya mereka disatukan juga sebagai suami isteri.
Selepas bernikah dan bermulanya kehidupan berumantangga dengan orang “asing” yang memaksa Myra mengenali Razlan. Disini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik dan romantik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati telah melahirkan bibit-bibit cinta dalam perkenalan mereka sebagai suami isteri. Ternyata mereka mengelolakan pencarian cinta dalam perkahwinan yang dirancang.
Akhirnya mereka menemui cinta itu, tetapi dalam kemuncak percintaan yang diulit kebahagiaan sehingga dikurniakan seorang cahayamata tetapi rumahtangga Myra dan Razlan bergolak dengan kemunculan semula Malek bekas kekasih Myra yang menagih semula cinta Myra.
Cemburu Razlan dan keegoan Myra membuatkan Myra inginkan perpisahan. Anisa tidak mahu rumahtangga Myra hancur kerana dendam Malek, membuatkan Anisa memberitahu Myra satu rahsia. Ketika mencari Razlan di bangsal, Myra telah terperangkap dalam kerja jahat Malek yang mengupah orang membakar bangsal Razlan dalam niat membunuh Razlan. Dalam usaha Razlan yang menyelamatkan Myra, beliau pula terperangkap apabila sebatang kayu terbakar jatuh menimpanya.
Kemudian Razlan menjauhkan dirinya daripada Myra, tetapi Myra tidak berputus asa mencari Razlan setelah Myra membuat ‘penghijrahan’ ke atas dirinya. Sanggup menerima kecacatan Razlan yang telah tempang kakinya dan hilangan ‘kelakiannya’ Setelah 5 tahun berlalu, rumahtangga Myra dan Razlan bergoyang disebabkan rasa rendah diri Razlan akan ketidaksempurnaannya. Malah kemunculan Malek setelah dibebaskan daripada penjara untuk membalas dendam membuatkan hubungan mereka renggang dengan hadirnya Mila menagih cinta Razlan. Akhirnya tidak fikir panjang dihantu rasa cemburu, Myra meminta cerai. Dayus seorang lelaki tidak menceraikan isterinya tanpa kerelaan Razlan melepaskan Myra.
Selepas bercerai, Myra membawa dirinya ke Amsterdam. Dia ingin bersendirian serta bekerja dengan projek syarikat di sana dan meninggalkan anaknya dibawah jagaan Tan Sri dan Puan Sri. Ketika di Amsterdam, Myra bertemu Rayan, pembantunya yang dipilih oleh Tan Sri Johan. Razlan pula dibendung kemurungan dan menyendiri serta membawa diri ke Mekah.
Rayan mempunyai masalah cinta dengan kekasihnya Nora dan sering menghabiskan masa dengan membantu Myra yang ingin dia menyamar sebagai tunangnya kerana hendak menggelakkan diri daripada Remy yang telah keluar daripada pusat sakit jiwa.
Dalam mengenali antara satu sama lain, Rayan jatuh cinta dengan Myra tetapi Myra tidak pasti dia menyintai Rayan kerana usia mereka yang jauh berbeza. Lalu bagaimanakah pengakhiran kisah percintaan mereka ini? Saksikan kesudahan 40 episod drama bersiri arahan Shirin Hj. Khuzaimi hanya di TV1.