Disebalik kemenangan Nur Fathia Latif sebagai Pelakon Wanita Pilihan di Anugerah Drama Festival baru-baru ini, muncul pelbagai isu yang kurang enak melibatkan pelakon cantik ini.
Pada mulanya Fathia didakwa sering datang lambat ke lokasi pengambaran malah telah menimbulkan masalah di set pengambaran dan bertikam lidah dengan pengarah semasa menjalani pengambaran drama Ariana Rose di Kota London hanya kerana berkeras untuk meluangkan masa bersama adik beradiknya yang datang dari Dublin.
Pertengkaran tercetus apabila Fathia diminta untuk melakukan promo episode akhir drama Ariana Rose sebaik sahaja pengambaran itu tamat pada 26 Januari lalu. Oleh kerana keengganan Fathia telah mencetus pertengkaran lidah antaranya dan pengarah Jalena Rejab.
“Memandangkan jadual tidak terlalu padat, saya mengajak adik, Nur Fasiha yang menuntut di Kolej Trinity di Dublin, Ireland datang ke London tetapi sebelum itu sudah pun mendapat kebenaran produksi.
“Selain Ariana Rose, ada penggambaran dua telefilem dan saya diminta menjayakan salah satu daripadanya bagi menggantikan produser Ziela Jalil.
“Walaupun dimaklumkan saat akhir, saya tidak kisah kerana ia tidak menganggu jadual. Tak sangka pula penggambaran yang sepatutnya empat hari berlarutan tujuh hari. Kalau tahu dari awal saya tak akan ajak adik datang bertemu saya. Cuti yang sepatutnya tiga hari tinggal sehari saja disebabkan cuaca.
“Kalau ikutkan, pada hari terakhir itu pelakon dan kru diberi pelepasan untuk buat aktiviti sendiri tetapi produser bersama, Jalena Rejab minta saya buat promo episod akhir Ariana Rose walhal saya sudah blok waktu itu untuk habiskan bersama adik.
“Disebabkan saya tolak, berlaku pertelingkahan mulut antara kami. Sepatutnya mereka bertimbang rasa kerana adik saya datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa saya.” jelas Fathia.
Antara artis yang turut sama terlibat dalam drama Ariana Rose iaitu Nabila Huda. Sudah pasti Nabila tahu dengan lebih jelas tentang perkara ini sehinggakan dia telah memuatnaik gambar keratan akhbar isu Fathia dan Jalena beserta caption sinis di laman sosial Instagramnya.
“Manusia kadang-kadang tak reti nak bersyukur.Bila diberi peluang,selalu lupa diri.Bila kite salah,tak perlu untuk menegakkan diri untuk menutup kesalahan dan menunding jari pada pihak lain atau memberi alasan yang bodoh.Kalau salah,mintak maaf dan berubah.Simple!People would love to work with you if u take it seriously about how important is discipline to be a good actor.Everyone from the team knows the truth,girl.Boo!”
Isu ini turut mendapat perhatian pengarah Along Kamaruddin yang turut memberi respon dalam dalam gambar yang dimuatnaik oleh Nabila Huda di laman sosial Instagram. Menurut Along, dia turut menghadapi situasi yang sama dan tidak gemarkan artis yang bersikap tidak berdisiplin.
Terdahulu Along Kamaruddin berhadapan dengan sikap tidak berdisiplin oleh pelakon muda Dazrin yang sering datang lambat ke lokasi pengambaran drama Miranda.