Lagu Rindu Serindu Rindunya nyanyian kumpulan Spoon dan ciptaan Eddie Hamid dianggap sesetengah pihak sebagai lagu kampungan.
Ternyata lagu kampungan ini menarik perhatian penyanyi Indonesia yang dikenali dengan lagu rock, Firman, 35, hingga menjadi pilihan untuk album terbarunya.
Firman akui dalam banyak-banyak lagu popular dari Malaysia yang didengarnya, Rindu Serindu Rindunya sangat menangkap ke jiwanya yang ketika itu lebih menyukai lagu rock keras dan bingit.
Kata Firman, kembara muziknya selepas menyertai kumpulan rock popular Indonesia, The Fly seperti masih mencari-cari kepuasan hingga akhirnya memilih untuk bergerak solo.
FIRMAN rakam semula lagu Rindu Serindu Rindunya untuk album Aku Anak Melayu.
“Percubaan pertama menyanyikan lagu cinta melalui Kehilangan ciptaan Charly ST12 pada 2010 ternyata mendapat sambutan.
“Kemudian saya merakam lagu Jangan Pikiran Abang bersama Alice yang muziknya lebih condong kepada dangdut. Ternyata ia juga mendapat sambutan.
“Lagu itu sebenarnya dicipta lagenda rock Indonesia dari kumpulan Slank, Pay atau nama sebenarnya Parlin Burman yang kecewa dengan kecenderungan senario muzik di Indonesia memandang rendah irama Melayu.
“Pay mahu buktikan irama Melayu punya kekuatan dan bukan dipandang rendah dan dianggap muzik kampungan. Sambutan diterima melalui dua lagu itu membuatkan saya benar-benar yakin saya menemui apa yang dicari selama ini.
“Ternyata jiwa Melayu dalam diri saya sangat tebal dan saya perlu tampilkan kelebihan ini. Dari situ saya berbincang dengan Pay untuk menghasilkan album khusus memuatkan lagu yang lebih kuat jiwa Melayunya. Judulnya juga sudah ada, Aku Anak Melayu.
“Apabila bertemu orang kuat Life Records Singapura dan Indonesia, Osman Arrifin, saya nyatakan impian itu. Ternyata Pak Osman memberi sokongan penuh dan menyarankan saya merakam lagu Rindu Serindu Rindunya apabila tahu saya sangat menyukai lagu itu,” katanya ketika ditemui di Studio Massive di Bandung, baru-baru ini.
Penyanyi kelahiran Balige, Toba Samosir, Medan pada 3 November 1978 ini mula dikenali selepas menduduki tempat ketiga Indonesian Idol musim kedua pada 2005 yang dijuarai Mike dan kedua, Judika.
MAT Zuki gembira dapat bertemu Firman.
Jika dua rakan lainnya muncul dengan album solo masing-masing, Firman atau nama sebenarnya Firman Rahmat Siagian menyertai The Fly.
Apabila bergerak solo pada 2010, penyanyi memiliki vokal unik hingga mendapat jolokan Rod Stewart ini muncul dengan single Kehilangan, Jangan Pikiran Abang dan Hatimu Batu bersama dua label berbeza.
Apabila kontraknya tamat, Firman mahu bergerak dengan label sendiri, Siagian Entertainment dan album Aku Anak Melayu adalah kerjasama syarikatnya dengan Life Records. Album ini dijangka berada di pasaran tahun ini, manakala single Rindu Serindu Rindunya dipasarkan April depan.
Nama Firman mula dikenali di Malaysia pada 2012 apabila lagu Kehilangan sering diputarkan di radio dan tahun lalu berpeluang berkunjung ke sini menjayakan Konsert Eravaganza sempena sambutan Merdeka di Melaka.
ROMBONGAN percutian ke Bandung beramah mesra bersama Cynthia.
Firman bangga kerana dapat memperdengarkan lagu Rindu Serindu Rindunya yang digubah semula kepada rombongan dari Malaysia yang mengikuti percutian DJ Lin bersama peminat ke Bandung, baru-baru ini.
Dua peminat bertuah, Mat Zuki Yunus, 31, dan isterinya Fatimah Daud, 29, adalah pemenang peraduan Suria Cinta Oke melalui segmen Suria Cinta dikelolakan DJ Lin sempena promosi album Suria Cinta, kompilasi 22 lagu pilihan DJ Lin.
Antaranya Rindu Serindu Rindunya (Spoon), Hatimu Batu (Firman), Dari Sinar Mata (Bumiputera Rockers), Cinta Yang Terhumban (Syed Sobrie), Jangan Pisahkan (Deddy Dores & Mayang Sari) dan Tiara (Kris).
Kata Firman, lenggok nyanyian penyanyi asalnya, Along Spoon dikekalkan tetapi memberi kelainan melalui gubahan muzik serta vokalnya memberi sentuhan rock.
“Rindu Serindu Rindunya adalah single pertama untuk album Aku Anak Melayu. Saya harap ia mendapat sambutan sebagaimana Kehilangan dan Jangan Fikiran Abang.
“Album ini memuatkan lima lagu iaitu tiga lagu lama dan dua lagu baru iaitu satu ciptaan saya dan satu lagi ciptaan Pay. Dua lagi lagu lama masih dalam perbincangan,” katanya yang berminat dengan lagu Fatwa Pujangga dan Kasih Setahun Segunung Intan (duet Datuk Ahmad Jais dan Kartina Dahari).
Bagi DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, pertemuan dengan Firman sangat istimewa kerana dia yang mula-mula memutarkan lagu Kehilangan di Suria FM melalui program, Suria Cinta.
Katanya, sudah beberapa kali dia berpeluang bertemu Firman dan memuji orangnya peramah dan merendah diri. Sebelum ini Lin bersama rombongan Life Records berkunjung ke Jakarta bertemu Firman bagi membincangkan program percutian itu.
“Ternyata Firman bersetuju meluangkan masanya bersama peminat yang mengikuti rombongan ini walaupun jadualnya sibuk. Saya juga bangga menjadi antara orang pertama mendengar lagu Rindu Serindu Rindunya. Lagu asalnya turut dimuatkan dalam album Suria Cinta.
“Peraduan Suria Cinta Oke diadakan bulan lalu sempena promosi album itu yang menawarkan hadiah percutian ke Bandung. Lebih mengharukan saya, ini kali pertama Mat Zuki ke luar negara.
“Sudah tentu percutian di Bandung mencatat kenangan manis buatnya bersama isteri. Apatah lagi dapat bertemu penyanyi popular Indonesia,” katanya.
Walaupun Firman kurang sihat hari itu, dia tidak keberatan meluangkan masa untuk makan malam bersama peminat di Tulang Jambal pada hari kedua di Bandung.
Rombongan dari Malaysia seramai lapan orang berlepas dari Terminal Tambang Murah (LCCT) pada 21 Februari, jam 3 petang dan tiba di Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung jam 4.30 petang waktu tempatan.
Rombongan disambut Pengurus Besar Life Records Singapura dan Indonesia, Osman Arrifin dan terus dibawa ke Hotel Sukajadi.
Pada sebelah malam, mereka berpeluang makan malam bersama penyanyi baru Indonesia, Cynthia yang memperkenalkan albumnya, I Say.
Berkunjung ke Bandung tentu tidak lengkap kalau tidak membeli-belah di Factory Outlet di sekitar Jalan Dago, Jalan Riau dan Jalan Setiabudi serta Pasar Baru.