Hanez Suraya Maafkan Pihak Yang Menghinanya



Biarpun ramai pihak yang masih menghentamnya, namun pelakon Hanez Suraya mengakui berasa lega apabila dapat menjelaskan perkara sebenar berhubung kontroversi yang membabitkan namanya sebagai perosak rumah tangga orang .

Setelah beberapa minggu sidang media berakhir, pelakon ‘Autumn Di Hatiku’ ini sekali memberitahu dia tidak mahu lagi mengulas lanjut mengenai isu tersebut selepas ini kerana enggan memanjangkan lagi kemelut yang berlaku.




“Hanez tak mahu komen apa-apa lagi mengenai isu ini sebab semuanya dah diperjelaskan ketika sidang akhbar yang lalu. Hanez rasa bersyukur dan lega kerana dapat jelaskan perkara ini kerana dah lama Hanez simpan. Sekarang semua dah tahu apa yang berlaku dan apa saja penerimaan orang selepas ini, terpulanglah,” ujar Hanez membuka bicara.

“Hanez tak ada hak untuk bercerita kerana bukan Hanez yang patut bercakap mengenai perkara ini. Sebab itu ketika sidang akhbar, Hanez bawa tuan punya badan dan biar dia yang jelaskan sendiri. Hanez tahu apa sebenarnya yang terjadi dan Hanez bukan penyebab rumah tangga mereka bergoyang. Hanez akur biarpun dah berikan penjelasan, orang masih menyalahkan Hanez sebab cerita negatif yang sampai dulu. Jadi bila dah keluar yang positif, orang dah tak nampak. 

Apa saja penerimaan mereka, terpulanglah. Segala apa yang dilontarkan kepada Hanez, fitnah dan panggil Hanez dengan gelaran yang tak baik, dari hujung rambut hingga hujung kaki, Hanez maafkan mereka. Apapun, Hanez bersyukur kerana orang dah tahu cerita yang sebenar,” tutur pelakon ‘Love You Mr. Arrogant’ ini.

“Hanez tak minta benda ini berlaku dan mungkin salah Hanez juga sebab muncul pada waktu yang salah. Apapun, orang yang tak kenal Hanez, dia akan terus bercakap negatif pasal Hanez. Jika cakap benda yang betul pun orang akan tetap salahkan Hanez. Jadi, lebih baik Hanez diam saja selepas ini. Hanez sedar untuk diterima semula, proses ini akan mengambil masa yang lama, tapi tak apalah, lama-lama nanti orang akan lupa juga,” ujarnya mengakhiri perbualan.

ARTISMELETOP: Eh ko ni dah kenapa? Siapa salah dan siapa disalahkan? Orang yang salah patutnya minta maaf. Apa-apa la Hanez asal bahagia dengan ROMIE.
Previous Post Next Post