Resepsi Perkahwinan Leya & Miko Di Sabah Meriah!



Penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya dan suami, Muhammad Azam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Miko telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka bagi sebelah pihak lelaki di Sabah pada hujung minggu lalu.

Majlis yang disambut meriah ini turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak serta rakan artis seperti Marsha dan Velvet.

Untuk rekod, Leya dan Miko telah bernikah pada 11 Januari lalu dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Mukarramah di Sri Damansara.

Berikut Media Hiburan Online kongsikan foto-foto menarik sekitar majlis ini yang dimuat naik menerusi akaun Leya dan adiknya, Sharifah Amani.






Previous Post Next Post